Sunday, August 28, 2011


There's only so many songs
That I can sing to pass the time
And I'm running out of things to do
To get you off my mind
Ooohh,no

All i have is this picture in a frame
That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me

It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me
It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me



Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days

Tuesday, July 12, 2011

Monday, July 4, 2011

Angry Birds~

Burung2 ni hebat~

Khinzir ni memang comel~Kalau warna pink mesti lagi comel~
Tapi aku tak suka~Khinzir ni pencuri~

Okeh~Jangan kacau aku maen game ni~Kalau kacau juga~
Muka aku akan berubah macam ni~Bersedialah untuk ditembak~

Nak makanan macam ni~Tapi~Yang khinzir tu~
Macam kurang selera nak telan~



Disebabkan minat yang mendalam terhadap game ini~
3 helai baju telah dibeli untuk memuaskan nafsu~

Friday, July 1, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Saturday, June 25, 2011

Apabila Hati ni Tak Lagi Bernyanyi2 Seperti Biasa~


Alarm henset berbunyi tepat jam 6:30 pagi~Seperti biasa bangun untuk solat subuh~Mulakan hari dengan~


Berfikir waktu pagi~Otak fresh~Teringat beban semalam~Seharusnya tak patut aku panggil dugaan ini beban~Tapi sebagai manusia biasa~Itulah apa yang aku rasa sekarang~Aku tak reti macam mana nak sorokkan perasaan~Kalau aku gembira~Aku ketawa~Macam tu juga kalau aku sedih~Aku menangis~Cuma kali ni aku tak mampu nak menangis dah~Tepu dah rasa otak ni~Macam2 jadi kebelakangan ni~Tidur malam pun dah tak ada keluar air liur basi~Selalu terjaga~Fikiran melayang~Mungkin juga bahana penyakit setiap bulan~

Buat family tercinta~Hakikatnya mama dan ayah lebih terluka~Aku juga tak rasa kuat untuk menghadapi ujian ni~Tapi aku akan sedaya upaya~Jalankan tanggungjawab~Aku akan lakukan apa sahaja~Asalkan semua ini berakhir~Biar pun aku lemah~Tapi aku tak akan pernah sekali pun putus asa~Kita sama2 akan atasi masalah ni~

Hey awak pula~Emel awak yang sampai pagi ini buat saya terkaku seketika~Hati saya sedikit terluka~Saya nak awak tahu kalau saya tak faham apa yang awak lakukan sekarang~Mungkin dah lama saya berhenti tunggu awak~Berhenti fikirkan awak~Saya memang tak lalui apa yang sedang awak lalui sekarang~Sebab saya tak cukup kuat macam awak~Maaf sebab bagi tahu perasaan saya yang hanya membebankan awak~Mungkin selepas ni saya hanya perlu pendamkan segala apa yang saya rasa sendiri~

Wan Atikah~Terima kasih sebab melayan kerenah aku~Walaupun demam2~Masih juga mampu membalas mesej2 aku~

Emma Lo~Kadang2 situasi kita hampir sama~Kita kongsi pengalaman sama2~Sayang kau~

Ceyh~Dugaan sikit je dah menggelabah~Chill lahh Qila ooii~Lega sudah~*maybe*

Friday, June 24, 2011

Saturday, June 18, 2011

Beberapa Bulan Tanpa Education~

Macam ni lah jadi bila duduk rumah lama2~Nak kerja~Tapi malas~
Bila duit habis~Bising~
*mood perang jiwa*

Bila bosan~Sengih2 sorang2 macam orang gila baca emel yang awak hantar hari2~
Dah puas selongkar emel~Dah hilang rindu~
Baca blog pula~

Nampak entry ni~ Tentang MASA DEPAN~Baru tahu~Ouhhh~
Ternganga sekejap~Kunyahan terhenti2~Mengangguk2 tanda setuju sendiri~

Sambung makan coklat~Tangan ligat suap coklat sambil menekan2 keyboard~
Tengok Facebook pulak~

Tiba2 nampak satu status~Tergelak sinis baca~
Apa yang kau cuba nyatakan?Mempermalukan diri sendiri?
*mood jahat*

Meng 'update' Twitter~Kat SINI lah kegiatan aku~Luahan perasaan pendek~
Kadang2 je update~Bosan ouhh~
Kalau aku artis~Best lahh ber 'Twitter' ni~

Kesimpulan~Hari ni hari Sabtu yang bosan~

Sekali lagi~Tak boleh tidur~Guling3~Tak membantu juga~

Mata tetap macam ni juga~

Hasil pada keesokan hari~

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Percutian~

Minggu lepas adalah week yang agak fun~Having vacation with family~Best moment ever~Tapi kali ni percutian yang agak lain dari yang lain~Ni lahh kali pertama setelah 20 tahun hidup di atas muka bumi ni aku naik flight~Sebelum ni tak berapa nak mampu lahh~Belum ada rezeki nak buat macam mana~Alhamdulillah~Merasa juga naik flight~Jakun lahh pulak~Jangan annoy ok~Behave3~ha3~

Wahh~Kacaknya pramugara~Mata berpinar2~Jarang sekali aku jumpa lelaki yang sangat terurus dan bermuka licin~Ingin sekali aku bertanya~'Produk apa yang encik pakai sehingga muka kelihatan seperti tahu gebu?'~Tapi keberanian itu tiada lahh~Terpaku melihat kejambuan encik pramugara~Tiba2 terfikir~Boleh tak aku jadi pramugari~Bekerja disamping manusia2 rupawan~Erk~Aku lihat diri aku~Dari atas ke bawah~Hurmm~Banyak perlu diperbaiki~Aku kembali ke alam nyata~Terus memikirkan kembali perjuangan yang sedang dilalui untuk menggapai cita2 menjadi seorang engineer~Engineer~Itu mungkin lebih sesuai dengan aku pada masa hadapan~InsyaAllah~

Bila dah ada di udara~Berfikir lagi~Hebatnya seorang pilot~Mampu bawa aku terbang~Boleh langgar awan~Alangkah bagus kalau aku jadi pilot~Boleh pakai uniform smart~Kawan dengan pilot2 kacak lagi bergaya~Boleh mengembara seluruh dunia tanpa mengeluarkan belanja yang banyak~Indahnya~Lihat diri semula~Rabun~Kurang ketinggian~Kembali semula membayangkan diri seorang engineer pada masa hadapan~Itu lebih munasabah~

Yang pasti siapa pun aku pada masa hadapan~Aku tak kisah~Asalkan apa yang aku lakukan dapat redha daripadaNya~So sekarang~Kena lahh berjuang sehabis baik~Walaupun belajar tu bagi aku sangat lahh menyeksakan~Bila berangan kan masa depan~Aku mula berkobar2~Ceyh~Auta ni~

Aku sangat happy pergi Langkawi kali ni~Banyak coklat aku borong~Dah macam orang tak pernah nampak coklat~Hurmm~Baju aku pun akan berubah saiz lahh jawabnya~








Friday, June 10, 2011

Lidah tu Tajam daripada Pisau?~Maafkan aku~


Entry kali ni khas untuk seorang sahabat~Aku tau dia bukan pembaca blog~Aku juga boleh bertaruh yang dia tak pernah tahu pun kewujudan blog ni~Tapi ni salah satu cara untuk aku meluahkan apa yang terpendam~Aku rasa cara ni terbaik selain daripada cerita kat orang lain dan mengumpat tak tentu pasal~Dosa dah banyak kot~Tak mahu lahh tambah lagi~Simpan untuk lain hari pulak~Ha3~

Kau dan aku~Bukan sehari dua bersahabat~Dah lama kot~Memang salah aku juga~Tak cuba mengenali dan memahami kau~

Aku memang tak pernah kisah kau nak cakap belakang pasal aku~Aku tak kisah kau nak kutuk aku depan kawan2 yang lain~Aku tak kisah kawan2 aku pandang aku buruk sekali pun~Sebab kau memang terbaik~Kau lemah lembut~Aku juga mengagumi kau~Kau berjaya membuat kawan2 aku tak percayakan aku lagi~Aku tak kisah~Sebab aku tahu apa yang terjadi~Aku percaya karma~Aku juga pernah rasa apa tu karma~Ya~Aku jahat~Aku hina~Aku manusia biasa~Aku cuba jadi yang terbaik~Tapi dalam perjalanan untuk jadi yang terbaik~Aku lalai~Maafkan aku menyakiti kau~Andai tu yang kau rasa~

Tapi~Perlu ke kau menjaja kisah kita~Antara kau dan aku~Perlu ke libatkan orang lain~Aku dan kau mengenali satu sama lain lebih lama~Tak boleh ke kau percaya kan aku~Perlu kah kau mempercayai orang yang kau kenali selepas aku~Ok~Aku terfikir~Aku memang bukan sahabat terbaik buat kau~Tapi kenapa kau tak beri aku peluang untuk jadi sahabat yang baik pada mata kau tu?~Kenapa kau tak pernah sekali pun terus terang?Kenapa kau tak pernah bersuara?~Baiklah~Itu mungkin sifat semulajadi kau~

Persahabatan~Bagi aku sangat berharga~Tapi dengan kau~Kau buat aku hilang kepercayaan~Andai kau sahabat yang baik~Perlu ke kau menjaja kisah kita~Kau ceritakan pada orang ramai keburukan aku~Kenapa tak kau terus terang je pada aku~Terlalu sempurnakah kau sehingga tak mampu membicarakan kekurangan aku~Sehingga kau perlu khabarkan pada dunia betapa teruknya manusia yang bernama Nur Aqilah~

Aku merayu~Jangan kau terfikir untuk musnahkan persahabatan ni~Aku terima apa adanya kau~Andai kekurangan aku menyesakkan fikiran kau~Biarlah saja~Jangan kau cuba semarakkan permusuhan~Sebab~Hidup yang sekejap ni~Aku tak mahu punya musuh~Menjauhkan diri itu yang terbaik~Tapi aku tak mahu putus silaturrahim antara kita~Andai berdiam diri itu terbaik~Mari kita lakukan~Sedikit pun aku tak pernah berdendam~Apa sahaja yang aku lakukan untuk kau~Aku relakan~Aku halalkan~Bukan tujuan mengungkit~Cuma mahu kau ingat~Saat2 kita gembira dan saling membantu adakah terlalu rendah nilainya berbanding salah faham yang sedikit ini?~

Aku tak mahu memburukkan kau~Aku tak akan cerita kan satu persatu yang aku lalui bersama kau kat orang lain~Aku cuma harap kau cuba~Cuba letakkan diri kau sekejap kat tempat aku~Aku dah lama bersabar~Sepanjang aku berkawan dengan kau~Aku bersumpah~Tak pernah sekali pun aku menceritakan keburukan kau kat orang lain~Sebab aku percayakan kau~Tapi kau~Aku speechless bila dapat tau siapa kau sebenarnya~

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2~Maafkan aku sekali lagi~Ini cuma luahan rasa~Bukan memburukkan seseorang~Hakikatnya~Tiada siapa mahu baca kisah manusia kerdil yang menumpang sebentar di atas muka bumi ni~

Thursday, June 2, 2011

Tunggu-tunggu, Jenguk-jenguk~


Err~Benar ke aku sudah berubah?~Mana ada lah~Sama saja seperti dulu~Cuma dulu~Aku sangat benci menunggu~Tak kira lahh tunggu apa sahaja pun~Memang aku sangat tak suka~Sangat rimas~Sangat seksa~Memang aku pantang wujud perkataan menunggu, menanti dan sewaktunya dengannya dalam minda ni~Tapi sekarang dah berubah kot~Benda yang paling tak pernah aku jangka dalam hidup aku~Yup~Sesuatu yang aku sangat benci~Tapi aku memilih untuk harunginya~Memang hell~Tapi aku pilih~Yup~Weird side of aku dah mula terserlahh~Tu maknanya aku makin dewasa?Erk?Iya kahh?Macam auta saja~

Sekarang dan saat ni~Aku menunggu seseorang~Jujur~Aku malu untuk mengaku~Tapi dalam dunia blog~Orang kata~Kita berkata2 melalui hati~Yup~Ini dari hati~Terus dari hati~Tiada bahan pengawet~Erk~Merepek sudah~

Untuk individu yang aku tunggu~Aku nak kau tahu~Aku tak pernah sesabar ini menanti~Aku tak minta apa2 balasan pon untuk kesabaran ni~Aku cuma nak kau tau~Kau sangat hebat sebab dapat buat aku buang kebencian aku terhadap menunggu tu jauh2~Kau buat menunggu tu perasaan yang aku rasa setiap hari~Kau buat menunggu tu satu kerelaan dan pilihan aku~Bukan lagi kebencian yang terpaksa aku lalui~

Tuesday, May 31, 2011

Fun~

Weekend paling best~












Desaru~28 & 29 May 2011~

Wednesday, May 25, 2011

Day ten : 10 final words

1. Aku dah mula bosan dengan tentang 10 ni~Kenapa tak buat 9 je?
2. Oke~Benda 10 ni bagus juga~Secara tak langsung~Aku cuba belajar mengenal diri sendiri~
3. Yang ni last kan~Aku malas nak merepek panjang2 dahh~
4. Untuk kawan2 aku~Thanks sebab muncul dalam hidup aku~Siapa pun korang~Thanks~Sebab jadi cikgu tak bergaji yang mendidik aku secara tak langsung~
5. Perjalanan hidup masih panjang~Manfaatkan masa dan ruang yang ada~
6. Kau dan aku~Harap selamanya bersama~
7. Menjadi lebih baik~Matlamat setiap hari~
8. Bila aku blur2 ayam dan macam nak sesat~Tegur~Bawa aku pulang~
9. Dahhh~
10. Aku tak ada idea lagi~Selamat malam!~

Tuesday, May 24, 2011

Day nine : 10 ways to win my heart

Ouh~terbengkalai 10 days aku ni~Kebelakangan ni xde mood nak update blog~Kehilangan idea~Nak fikir 10 ways to win my heart ni~Pergh~Sakit otak~Macam mana nak memenangi hati saya~ha3~Bantai je lahh~

1. Jadi diri sendiri~Jangan cuba2 jadi fake depan aku~Meluat~
2. Menghormati sesama manusia~Rude?No3!~Avoid3~Kau kurang ajar?Aku kurang ajar balik~Tak susah~Orang berbudi kita berbahasa~
3. Senyum~Sejuk hati tengok orang senyum~Kalau orang tak kenal senyum kat aku~Dah cukup untuk tinggalkan 1st impression yg super cool~
4. Bagi aku Vitagen satu lori~Konfem kau buat aku makhluk paling bahagia dalam dunia~Mahu aku terkinja2 juga kat situ dapat Vitagen percuma~Dah lahh satu lori~
5. Bagi aku Lembu banyak2~Perghh~Memang makan rendang daging dan lembu salai lahh aku~Nikmat~Sedap3~
6. Buat aku ketawa guling2~
7. Ajak aku makan~
8. Tepati janji~
9. Jujur dan terus terang~Tak payah tipu2~Tak payah cakap belakang~Bagitahu sahaja fakta sebenar~
10. Caring~My Encik harus ingat kualiti ini oke?ha3~

Friday, May 20, 2011

Day eight : 10 of my favourite songs

1. Wish You Were Here~Avril Lavigne
2. E.T~Katy Perry
3. I Will Be~Avril Lavigne
4. Cinta ini Untukmu~Bintang
5. Cinta Sempurna~Yuna
6. Stay~Miley Cyrus
7. Back to December~Taylor Swift
8. Pieces~Sum 41
9. Unintended~Muse
10. The Only Exception~Paramore

Thursday, May 19, 2011

Tentang Jiwa~

Seronok juga meluangkan masa dengan Nur Atiqah~Miss u so much my dear~Terima kasih banyak2 sebab sudi luangkan masa bersama aku~Aku cemburu lihat kau~Kau sudah berbeza~Jujur~Jauh di sudut hati ini~Aku ingin jadi sepertimu~

Tapi~Aku masih belum kuat~Iman aku masih kurang~Rukun Islam masih lagi aku tinggalkan~Aku tahu semua tu alasan saja~Kalau nak seribu daya bukan satu dalih~Aku berharap suatu hari nanti~Aku harap aku berubah~Sebelum ajal menjemput hendaknya~Ouh~Sedih gila hidup aku~Nak bertaubat pun tangguh~Tapi aku takut~Jika aku berubah sekarang~Tak istiqamah nanti~Ahh~Alasan lagi~Ouh~Kenapa kau buat pemikiran kau sangat complicated wahai Qila~

Baiklah~Sekarang~Aku ingin cuba perbaiki amalan aku sikit2~Kawan2 bantulahh aku~Aku ni selalu lalai~Bantu aku berubah secara berperingkat~Bantu aku~Sebab aku tak kuat~

Day seven : 10 important people

1. Mama~ Puan Rosmawati bt Katman
2. Ayah~ Encik Mohd Sabandi bin Asmoni
3. Adik~ Ain Nazira dan Mohd Shahrul Aqil
4. Ezzaty Shafiqa~
5. Wan Atikah~
6. Athirah Noor Najihah~
7. Siti Rahmah~
8. Nenek tersayang~Puan Kasmi~
9. Makcik yang cerewet~Puan Norlinda bt Katman
10. My 'Encik'~

Wednesday, May 18, 2011

Day six : 10 items I can’t live without

1. Makanan~Kalau tak ada makanan di sisi~Tak kira waktu kenyang atau lapar~Semangat aku akan hilang secara automatik~Segala sel2 dalam badan aku juga tak ada semangat nak buat kerja~Secara tak langsung~Aku akan menjadi zombi bernyawa~
2. Udara~Tak kira lahh oxygen,carbon dioxide or inert gases sekalipon~Aku tetap perlukan semua~Udara sajalahh peneman aku tak kira ceruk mana pun aku pergi atas bumi ni~
3. Pakaian~Malu weyh kalau benda ni tak ada~ha3~
4. Family~Pergh~Kalau mereka tak ada~Aku tak tahu aku hidup atas bumi ni untuk apa~
5. Kawan-kawan~Mereka kekuatan aku~
6. Music~My soul~My lullaby~My everything~
7. My Lappy~
8. My Deodorant~
9. Henpon aka music player saya + earphone~Tak ada ni~Kelam hidup~ha3~
10. Duit, wang, money, fulus, pitih~

Tuesday, May 17, 2011

Day five : 10 wishes

1. Habis belajar dan akhirnya menjadi engineer berjaya~Walaupun bukan cita2 aku~Aku akan usaha demi parents tercinta~ha3~
2. Buat masa ni~Aku nak sangat ipad dan DSLR~Tapi sedar diri tak akan mampu sebab nak cari kerja pon malas~
3. Aku sangat berharap istilah 'study hard' dan 'broken heart' tak pernah wujud dalam dunia~
4. Aku selalu bermimpi menjadi owner kepada sebuah tempat membeli belah yang menempatkan semua barang2 berjenama yang terkemuka di dunia~Cita2 tinggi menjulang~
5. Mengelilingi satu dunia~Setiap pelosok dunia tak mahu ada yang tertinggal~Setiap gunung dan lembah mesti jadi taklukan aku~
6. Aku mahu terbang~
7. Aku mahu kurus dan tinggi~
8. Aku mahu makan tanpa henti tapi tak gemuk2~
9. Aku mahu Vitagen dan Lembu yang berjumlah infinity~
10. Aku mahu bersama orang yang aku paling sayang sampai bila2~

*Banyak lagi sebenarnya yang aku nak~Sampai confuse nak list mana satu yang paling aku nakk~hee~

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/qilabuddeq

Monday, May 16, 2011

Day four : 10 things I want to say to one person

1. I love U
2. I miss U
3. I need U
4. Jangan tinggalkan saya~
5. Awak tiada pengganti~
6. Saya suka dengar awak gelak~Walaupun awak gelak macam h****~ha3!
7. Awak lain daripada yang lain~Pelik~ha3!
8. Cepat balik~Nak souvenir~ha3!
9. Awak punca saya buang tabiat~
10. Kadang2 awak buat saya happy tak ingat dunia~Kadang2 awak buat saya sedih sampai rasa dunia ni kejam~ha3~

Sunday, May 15, 2011

Day three : 10 things I hate

1. Darah~Aku sgt berharap apa yang mngalir dalam badan aku ni bukan darah~ha3~
2. Lipas~Aku ada kenangan manis tragedi paling menyayat hati dengan spesies ni~
3. Menunggu~
4. Bermuka-muka~
5. Lori yang ada bawa muatan berbentuk silinder~
6. Perpustakaan~
7. Rumah hantu~
8. Mungkir janji~
9. Gelap~
10. Rokok~

Saturday, May 14, 2011

Day two : 10 things I love

1. My Parents
2. My Siblings
3. My big family
4. Food (esp Vitagen n Lembu)
5. My Lappy
6. My Teddy Bear
7. My 'Encik'
8. Jogging Sleeping
9. Shin Chan
10. CSI

Day one : 10 things about me




1. Qila Buddeq~Cuma nama yang digunakan di alam maya aka dunia internet~Nama sebenar Nur Aqilah bt Mohd Sabandi~
2. 20 September 1991~Tarikh keramat~Aku pertama kali lihat dunia~
3. Lahir di Batu Pahat~Batu Pahat juga habitatku sekarang~Tapi sejak kecil memang aku hidup sbg kaum nomad~Bermula tingkatan 1 barulah mula menetap secara kekal di Batu Pahat~
4. Dulu tadika kat tabika kemas Tg Adang,Gelang Patah~Sekolah rendah kat SK Tg Adang,SK Pasir Gudang 4,dan SK Gelang Patah~Sekolah menengah kat Temenggong Ibrahim Girls School dan Technical Institute Kuala Lumpur~
5. Aku merupakan anak sulung yang kurang berdikari~
6. Hidup aku tak boleh terpisah dengan muzik~
7. Sensitif tapi suka berlagak kuat~he3~
8. Sekarang aku menuntut di UMP~Amek kos civil engineering macam kat sekolah dulu~
9. Cita-cita nak jadi isteri mithali + ibu yang baik engineer yang berjaya~
10. Aku akan baik dengan orang yang baik dengan aku~Kalau ada orang cari pasal~Takpe aku maafkan
      aku tak akan duduk diam2 kena buli~he3~

10 days~

Ramai gila orang menyahut cabaran 10 hari ini (termasuk emma gila) ha3~
Walaupun aku ini agak ketinggalan zaman~
Tak kira~Nak buat jugak~


10 DAYS

Day one : 10 things about me
Day two : 10 things I love
Day three : 10 things I hate
Day four : 10 things I want to say to one person
Day five : 10 wishes
Day six : 10 items I can’t live without
Day seven : 10 important people
Day eight : 10 of my favourite songs
Day nine : 10 ways to win my heart
Day ten : 10 final words

Tuesday, May 10, 2011

Kek untuk Mama~

 Kek yang dibeli oleh ayah~Terima kasih ayah~Sedap!~

Selamat Hari Mama~Mama adalah mama yang terbaik!~
I Luv U Mama!~

Monday, May 9, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Campur-campur~

Hari Selasa sudahh~Esok ada paper mechanics~Ouh seksanyaa bahagianyaa~Belajar pon main2 lagi~Hey!Tak ada mood lahh~Semua orang dah pulang tanah air~Sunyi saja UMP ni~Tapi aku tak kesah~Lagi aman~Ha3!~

Tapi..Aku sangat terkilan~Makanan susah nak cari~Kafe byk tutup~Secara tak langsung~Masalah ni buat hidup aku jadi berantakan~Perut aku merana~Mood happy lari jauh2~Ouhhh~Seksanya tiada makanan yang sedap2~Mama~Nak balek~Nak makan banyak2 sampai tak boleh bangun~

Ouh mama ayah~Rindu nii~Nak balek~Tapi takot lahh pulak nak balek~Nanti dah lama2 kat rumah~Mesti gaduh~Yelahh~Anak mama dengan ayah ni kan rajin sgt~he3~

Hari ni~Nak or tak nak~Kena study kaw2 juga~Tak ready langsung untuk paper Mechanics~Nasib baek paper petang~Sempat lahh kot nak menelaah pagi2 buta esok~Walaupun mood nak balik kampung membuak2~Akan aku buang jugak buat masa ni demi masa depan~Paper last!Struggle3~ha3~Tengoklahh berapa lama kaw boleh bertahan wahai qila~Lps zohor nanti konfem kaw tumbang~Tak apa~Sekurang2nya mood semangat ada~

Hey orang yang ambil hati aku~Sekarang aku rindu kaw!~Balek cepat yea~He3~

Monday, May 2, 2011

Isi Dunia~

Kawan2 bertanya~'Kenapa kalau kau buka laptop je mesti jadi lama~Kau tak bosan ke hari2 online?'
Jawapan aku..'Ya,Kenapa?Kau ada masalah ke kalau aku online lama2~Aku suka baca blog orang~Cari tahu isi dalam pentas dunia ni~'

Ya~Dunia blog~Cerita tentang isi perut dunia~Penulisnya2 membawa watak yang berbeza di atas pentas mega yang bernama dunia ini~Dari situ~Aku cuba mencari~Hala tuju penulis mana yang sepatutnya ku jadikan idola~Aku ambil yang baik~Aku juga ambil yang kurang baik sebagai pengajaran~Mereka pengajarku~Mereka guruku~Walaupun kau dan aku dunia berbeza~Tak mengenali antara satu sama lain~Tapi kau tinggalkan coretan~Untuk aku jadikan panduan~Terima kasih isi dunia yang berbakti~

Jiwa tak selalu terang~Kadang2 inspirasi perlu aku cari~Untuk kembalikan cahaya yang suram kepada yang cerah~Kadang2 aku putus asa~Aku mencari~Apakah sesuatu mampu membantuku bangun semula~Kisah mereka~Pelbagai~Aku lihat~Si pembawa watak yang tabah~Mengharungi sesuatu yang lebih besar~Lebih menyakitkan~Berbanding diri ini~Syukur~Satu perasaan terbit dalam hati~Sekali lagi~Terima kasih isi dunia kerana mencoretkan kisah kau~

Kau coretkan kisah gembira~Aku juga turut tersenyum~Melihat pelangi disekelilingmu~Aku juga berusaha mencari kebahagiaan sepertimu~

Kau isikan dengan fakta-fakta realiti dunia~Aku terngaga~Kagum dan terkesima~Kau buka mata aku tentang isi dunia yang sebenar~Sesuatu yang boleh membuatku tertawa,menangis,kagum,terkesima~Perasaan bercampur baur kau sediakan~

Selangkah kehadapan~Kau juga mendefinisikan kehidupan~Kau lampirkan kisah isi dunia~Kau tafsirkan kisah itu~Aku suka~Membuat aku untuk terus belajar~Fahami apa sebenarnya kehidupan dan cabang2nya~

Terima kasih blogger2 sekalian~

Sunday, May 1, 2011

Buang tabiat~




Rumput hijau terhampar luas~
Di tengah2 nyaaa~
Sekujur tubuh menghampar lengan~
Di bawah terik mentari yang hangat~
Silau tidak mengganggu~
Malahan gelitanya hati terasa~
Aku mahu engkau~
Tapi....
Di mana harus ku cari?
Kembalilahhh~
Bawa pulang cahaya yang kau curi itu~

*merepek di petang hari*

Saturday, April 30, 2011

Kitaran yang Masih Belum Berhenti lagi~

Ouhh~Selamat Tengah Hari!~Hari Sabtu macam ni~Memang tak de aktiviti nak buat~Minggu depan ada lagi satu paper~Iaitu paper mechanics~Ouh hell!~Subjek yang agak menyeksa membelai jiwa dan raga~

Hai hari Sabtu~Hari yang sesuai untuk berhibernasi dan berfoya-foya~Yup~Hidup aku akan dipenuhi dengan blog2 pelik + movie2 yang tak berapa nak best~Well~Macam ni lahh aktiviti yang mampu aku buat bila duit dahh habis dimamah nafsu enjoy masa awal2 sem dulu~Kalau tak, Bandar Kuantan yang tak seberapa tu lahh jadi buah hati pengarang jantung~Tiap2 hari nak keluar~Enjoy~Aishhh~Hancur lahh hidup macam ni~

Dalam masa seminggu lagi aku akan jalani rutin harian yang sama saja kat UMP ni~Okehh~Relax~Tenang~Seminggu saja lagii~Lepas tu~Balik kampung~Jadi zombi~Dok makan duit mak ayah memanjangg~Nak kerja~Tu pun kalau ada kerja lagi~Komfem dah tak de kerja~Pasal semua budak2 universiti dahh cuti lagi awal dari universiti kesayangan aku ni~Aigooo~Mana mahu cari duit nii?Cuti 4 bulan tu~

Thursday, April 28, 2011

Belum Sedar Diri~

Hari ini hari Kames~Esok hari Jumaat~Eyh~Jumaat sudahh~Jadi esok ada paper Calculus lah ea~
Okeh~Jom lupakan pasal Calculus~Calculus merupakan sub topic sahaja dalam hidup aku~Okehh~Ayat hell ni cukup menggambarkan diri ni tak sedar2 lagi~

Dah3~Lupakan Calculus lahh~Kita pergi kat main topic iaitu exam~Yup~Minggu ni minggu exam~Aku rasa exam kali ni lahh paling berfoya2 sekali~Study week penoh dengan aktiviti makan2 + jalan2 + layan movie + kacau orang~Sekarang yang memang minggu exam pon sama juga~Kegilaan meng update blog pula melanda~Aishh~Masalah3~

Tapi tak apa lahh kot~Sebab sem ni cuma ada 3 paper saja~Okeh~Bilangan paper paling sikit pernah aku duduki~Sedangkan UPSR pon ada 5 paper~Kalau UPSR aku boleh skor 4A 1B~Sekarang ni ada 3 paper saja bolehh lahh skor 3 A kan?ha3~Boleh ke macam tu?Hell lahh weyh~Belajar pon macam beruang tengah berhibernasi jep~Belajar 10 minit~Rehat 1 jam~Online 2 jam~Makan jangan cerita lahh~ha3~

Minggu exam ni~Walaupun sem ni cuma ada 3 paper jep~Tapi emosi tetap tak stabil~Siapa tak tensen weyh bila tgh dalam minggu2 exam ni~Simptom2 yang sering dihadapi~


  1. Nafsu makan yang melampau + buas
  2. Rasa nak makan jep orang yang saja2 cari pasal
  3. Jangan lahh nak bergurau time macam ni~Memang free2 nak kena libas dengan lidah aku yang akan jadi automatik tajam bila tengah sakit hati
  4. Jeles tak tentu pasal
Alahh~Simptom2 biasa jep tuu~Semua orang hadapi kot~Tapi pandai2 lahh control~Nak marah or kutuk orang tu pon fikir lahh~Tengok lahh diri~Sempurna sangat ke?~Kalau orang buat salah~Cuba2 lahh maafkan~Kalau tak boleh juga~Marah lahhh!~ha3~Tapi jangan lupa lahh minta maaf~Bagi coklat sekeping ke~Tak baik gaduh lama2~ha3~

Okehh~Diri dahh sedar sikit~Mari belajar Calculus (singkatan Kalau aku Lulus)~Encik Saifful yang kata~Bukan aku~


Wednesday, April 27, 2011

Rindu Ayah~

Tiba2~Aku jumpa satu post kat FB~Ouhh~Sangat menyentuh perasaan~Ayahhh~I miss u~I love u~Mmuahhh3!~

Beginilahh post yang aku jumpa~Copy and paste drpd notes saudara yang hanya mahu dikenali sebagai WUJUD~


1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).

7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.

11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.


16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.

21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".


26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah  kawan tanpa seizinnya.

27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

39. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.

30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.

31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.

35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".

36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

38. Ayah bersikeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.

40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya.


Encik Mohd Sabandi bin Asmoni~Anak mu ini merindukanmu~Bukan duit belanja pemberianmu sahaja yang kurindui~ha3~Maaf ayah~Gurau2 sajaaa~


Monday, April 25, 2011

LOVE Pulakk~


Aishh~Segan3 nk post benda2 macam ni~Tapi  tak pe lahh kann~Aku pon dahh besar~Lagi beberapa bulan jep pon nak masuk angka 20~Aishh~baru sedar diri ni sudahh dewasa~Hampir 20 tahun hidup atas muka bumi ni~Secara jujurnya baru sekarang aku mula sedar nak belajar dan kaji apa itu hidup yang sebenarnya~Salah satu part yang agak seronok dalam hidup ni ialah bab cintan-cintun ni lahh~Well~Serius~Aku memang tak cukup matang pasal benda ni~But~As a teenager~Aku pon ada pengalaman walaupun kisah aku memang tak menarik langsung untuk di blog kan~Well~Ini blog aku~Suka hati aku lahh kann~hee~

Puppy luv~Aishh~Masa kecik2 memang aku dahh menggatal dahh~Walaupun masa tu malu2 ayam lagi~Tapi nak buat macam mana~Dah suka~ha3~Itu zaman tadika~Selamba jep dulu~Dah lahh suka kat jiran sebelah rumah~Dan boleh plak mengaku terang2 kat budak tuu~Aigoo qila~Kaw memang budak tak tahu malu~ha3~Tapi tu lahh~Seronok jadi budak2~Jujur+kalau kena reject pon tak kesah~Sebab lepas tu cari gula-gula kat kedai~Dan..Totally healed~

Oke~move on stage bila dahh jadi belia remaja pulak~Bila dah sampai stage ni~Mesti lahh ada feeling2 + kecewa2 en~Bese lahh tu~Lumrah hidup~Kisah cinta pertama~Bermula masa tingkatan 4~Buat pertama kalinya aku rasa ada orang jaga aku~Ada orang belanja aku bila kua jalan2~Ada orang kesah kat aku bila aku sakit~Ada orang lap air mata aku bila nanges~Ahh~Mcm hell jep ayat aku ni~Padahal selama ni parents kau jaga kau tu hape~First time pale kaw!~ha3~Ayat hell yang aku mention kat atas tu memang aku rasa~Yelahh~First time bercinta en~Baru nak kenal2 dunia~Syok lahh sgt kann~Nasib baik tak hanyut~Agaga~

Tapi~Tulahh~Memang nak dijadikan cerita~Tengah2 bahagia~Tengah2 rasa kau lahh Mr Right~Kau pulak buat hal~Kau ada orang lain~Kau tak cakap~Kau ingat aku bodoh~Kau tak layan aku sebulan~Amboi~Dah ada orang lain kau buang aku macam tu jep~Kurang2 lepaskan lahh aku dulu~Ni tak~Kau diam jep~Aku cari kau~Kau kata sibuk lahh itu lahh ini lahh~Dan..Aku bosan!~Then kau kantoi sendiri depan mata aku~Aku puas!~Kau memang buaya~Masa tu memang dunia aku macam tunggang terbalik~Tapi tak ape~Pengalaman ni ajar aku berjuta2 pengajaran~Kau memang terbaik lahh~Walaupun mula2 memang sakit~Aku memang berterima kasih kat kau sebab buat aku jadi kuat + tabah~

Dan sebab kau juga lahh aku kosong selama lebih kurang 2 tahun~Susah beb nak terima orang lain~Aku tak tau kenapa semua boys aku nak bandingkan dgn kau~Oh Waterpark!Aku memang tak nak ingat kau~Walaupun aku dah totally healed~Aku tetap tak tahu kenapa boleh jadi macam ni~Okehh~2 tahun dahh berlalu~Kau sekarang cuma kenangan jep~Tengok my space kau pon aku dah tak de perasaan sekarang~Kisah Cintun pertama Tamat~hee~

Well~Yang kedua~Start masa awal tahun lepas~Mula2 aku memang tak suka kau beb~Lepas kua sama2~Makan sama2~Gelak sama2~Kau memang prince charming aku lahh~Semua perfect!~Cara kau approach aku pon cantik!Memang kau lahh segala2 nya~Kau buat aku speechless~Dan yang paling aku tak boleh lupa~Bila kau approach aku~3 hari 3 malam~Aku sengih2 tak berhenti2~So sweet beb~Kau sangat berani dan sporting~Serius~Masa tu aku memang deep in luv dengan kau~

Tapii~Saat relationship ni belum mula pon lagi~Aku terpaksa reject kau~Kenapa?Sebab aku tak dapat restu parents woo~Sorry weyh~Aku memang tak boleh bagi tau sebabnya kenapa~sebab bila aku bagi tau nanti akan timbul macam2 masalah~So~Biarlahh aku simpan k~Aku kenalahh ikot cakap parents aku~Sebab dorang lahh segala2 nya bagi aku~Kau baru je datang dalam hidup aku~So~Nak or tak nak~Aku terpaksa~Jadi kawan kau saja~Tak boleh lebih~Sorry~Sekali lagi~Aku kecewa~Frust menonggeng dalam bilik~Guling2~Makan coklat tak berhenti2~

Dan sekarang~Aku bersama yang baru~Yup~Baru nak bermula~Walaupun baru bermula~Tapi merupakan relationship paling lama bertahan~Maybe sebab jauh dan baru sekali jep spend time sama2~Tu pasal masih bertahan~Ha3~Serius~Aku memang nak elakkan berkorban gila2 untuk relationship kali ni~Aku tak nak frust menonggeng lagi~Tapi~Aku janji~Akan bagi yang terbaik~Akan jaga dengan baik~Akan simpan dan jaga sebagai masa depan~Aku harap~Kali ini adalah yang terbaik dari ladang~(Duduk berdoa dengan penuh harapan)~heee~

Kesimpulan~Aku memang tak suka post2 yang macam ni~Tapi aku human being~Memang tak dapat lari dari benda2 macam ni~Semua orang pon sama jugakk kann~Soo~Chill sajaa~Agagaga~

Sunday, April 24, 2011

Hidup Versi Aku~

Tak tahu lahh kenapa tengah2 hari buta ni tiba2 rasa nak update blog~
Otak ala2 dah macam orang tak tidur 10 hari dah nii~
Well~Kebelakangan ni aku selalu terima soalan~
"Apa pandangan tentang kehidupan?"~
Well~Aku assume semua kawan2 aku dah mula sedar dan cari apa sebenarnya tujuan kita hidup atas muka bumi Allah ini~
Mula2 aku agak terkesima+terkedu~Soalan apakah ini?Yelahh~Kawan2 yang selalu gelak2 mcm hantu~HuuHaa3 sana sini~Tiba2 tanya aku soalan macam ni~
Walaupun luaran kami macam tak pernah serius dalam apa2 je yang kitorang buat~
Tapi kami tetap human being~Kadang2 bila sorang2~Deep inside our heart~Kita akan fikir jauh~
Jadi lebih matang tanpa kita sedar~Well~Itu wajib terjadi in each human being on earth~Menipu lahh kalau ada human being yang yang tak jadi macam kat atas~Mesti ada nilai kesedaran+murni (walau sebesar zarah or kuman sekali pon) dalam setiap human being atas muka bumi ni~
HIDUP~Versi aku~Ini cuma pendapat aku semata-mata~Hasil pandangan seorang makhluk yang belum cukup matang dan masih merangkak dalam mencari hala tuju hidup yang sekali ni~

HIDUP itu Kasih sayang~
Sebab kasih sayang lahh aku hidup atas muka bumi ni~Allah~Pencipta aku~Dia cipta aku sebagai seorang Islam~Tu lahh tanda utama Allah itu maha penyayang (Ar-Rahim)~Then, Allah bg aku sempurna sifat,parents yang superb!,kesihatan,kemampuan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah~
Well~Aku ni bukan lahh manusia yang kuat beragama~Jahat jugaa~Tapi~Setiap hari~Aku berazam untuk jadi lebih baik~Walaupun akhirnya......Paham2 jep lahh~Bese lahh~Lalai2 ayam lagi~He3~
Then dengan parents yang penyayang jugakk~Akhirnya aku dapat jadi manusia~Yelahh~Walaupun tak mampu jadi manusia hebat~Tapi aku janji mama dan ayah~Akan menjadi The Best Of Me!~he3~
Dan~Aku percaya~Apa saja yang kita buat atas muka bumi ni adalah untuk orang yang kita sayang~Pelajar belajar sebab tuntutan agama~Belajar sebab sayang agama~Sayang ibu bapa~Sayang masa depan~
Dan Hidup itu memang kasih sayangg lahhh~

Dann~Ada satu lagu ni~Menyentuh jiwa aku~Ye~Ini adalah nasyid~Kadang2 layan jugaa~Tak kan 24 jam lagu Omputehh jaaa~Cari lahh lagu ni~Satu Tekad by UNIC~Best woo~


Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

Satu Tekad ~UNIC~

Friday, April 22, 2011

Orang Gila Dijumpai!~Jaga2~

 Yang berselendang hitam dijumpai~

Beliau dahulu merupakan sahabat yang siuman~Tapi kebelakangan menghadapi tekanan jiwa yang melampau~
Hal ini disebabkan exam yang bakal melanda~Hobi beliau ialah berasmara dengan buku~Pagi,petang,siang dan malam hanya bergelumang dengan buku~
Sebetulnya~Ini bukan masalah aku~Tapi kebelakangan ini beliau sering dijumpai dan berlegar-legar dan berfoya-foya di bilik C1-204 iaitu bilik aku~Hal ini amat membimbangkan kami (Qila, Ain dan Ainul, Tikah tiada sebab pulang ke tanah air)
Kami sangat tertekan~Kepada ahli keluarga makhluk ini~Silalahh tuntut makhluk ini secepat mungkin~ha3~

Thursday, April 21, 2011

PenCarian~


Fenomena di UMP sekarang~
Semua orang sibuk mencari rumet masing-masing~
Banyak gila konflik sana sini~Aigoo~
Aku pon turut merasa kehangatannya~he3~
Berjuta kemaafan ku pohon drpd Tikah~Ain~Ainul~
Lagi2 Tikah~Rumet paling rapat~Sooo sorry k dear~
Kita tak dapat jadi rumet lagi lahh sem depan~Maaf lagi sekali ea~
Tapi~Aku janji~ujong minggu jep aku akan datang bilik korang bawak makanan~he3~
Aku mesti rindukan korang punya lahh~Sayang korang ketat2~
Woi Zati,Fifah,Irah~Siap lahh korang t~
Rumet baru aka classmate yang akan selalu kne pow~He3~
Oii kawan2 yang still konfius~Selamat berusaha mencari rumet baru~All d best!~



Sunday, April 17, 2011

Nak Ulang Sekali Lagi Boleh?~

16 dan 17 April 2011~
2 hari yang mmg best dalam hidup~Kenangan weyh~
Mula2~siyes malas gila nk pegi program gotong-royong+anak angkat KPP~
Pergi pon atas semata2 subjek briged siswa yg wat otak jadi sendat~
Hey Briged!Sumpah aku benci kaw!~Tapi terima kasih lahh sebab kaw kitorang dpt join aktiviti yg best ni~
Tapi bukan jasa Briged pon aku ase~Thanks to Shazmel yg ada sedara kat cnie~Ben yg byk uruskan sume benda tapi tak datang pulakk~Rugi ouhhh Ben tak join!~Thanks jugakk kat semua yang terlibat~Chenta kamu semua!~
Ni adalahh cket2 kenangan yg dapat diselongkar dalam henset aku~Tapi terkilan tak sempat bergambar dgn mak n abah angkat~Mana cukup weyh 2 hari jep~Tak sempat nak manja2~He3~

Ni lahh surau yang kami bersih kan~Lihat2~Bersih en~

Budak gila~

Budak siuman~Yang depan jee~Belakang gila~

Rasmi3!~

Hepi~

Senyum tak berapa ikhlas~Sebab da penat senyum kat 
uma mak n abah angkat~Ngee~

Kanak-kanak riang~

1 Malaysia~

Molly+Azzreen=Moreen~

Azim Bazli bahagia bersihkan kipas surau~

Aku dan penutup kipas~