Wednesday, June 29, 2011

Saturday, June 25, 2011

Apabila Hati ni Tak Lagi Bernyanyi2 Seperti Biasa~


Alarm henset berbunyi tepat jam 6:30 pagi~Seperti biasa bangun untuk solat subuh~Mulakan hari dengan~


Berfikir waktu pagi~Otak fresh~Teringat beban semalam~Seharusnya tak patut aku panggil dugaan ini beban~Tapi sebagai manusia biasa~Itulah apa yang aku rasa sekarang~Aku tak reti macam mana nak sorokkan perasaan~Kalau aku gembira~Aku ketawa~Macam tu juga kalau aku sedih~Aku menangis~Cuma kali ni aku tak mampu nak menangis dah~Tepu dah rasa otak ni~Macam2 jadi kebelakangan ni~Tidur malam pun dah tak ada keluar air liur basi~Selalu terjaga~Fikiran melayang~Mungkin juga bahana penyakit setiap bulan~

Buat family tercinta~Hakikatnya mama dan ayah lebih terluka~Aku juga tak rasa kuat untuk menghadapi ujian ni~Tapi aku akan sedaya upaya~Jalankan tanggungjawab~Aku akan lakukan apa sahaja~Asalkan semua ini berakhir~Biar pun aku lemah~Tapi aku tak akan pernah sekali pun putus asa~Kita sama2 akan atasi masalah ni~

Hey awak pula~Emel awak yang sampai pagi ini buat saya terkaku seketika~Hati saya sedikit terluka~Saya nak awak tahu kalau saya tak faham apa yang awak lakukan sekarang~Mungkin dah lama saya berhenti tunggu awak~Berhenti fikirkan awak~Saya memang tak lalui apa yang sedang awak lalui sekarang~Sebab saya tak cukup kuat macam awak~Maaf sebab bagi tahu perasaan saya yang hanya membebankan awak~Mungkin selepas ni saya hanya perlu pendamkan segala apa yang saya rasa sendiri~

Wan Atikah~Terima kasih sebab melayan kerenah aku~Walaupun demam2~Masih juga mampu membalas mesej2 aku~

Emma Lo~Kadang2 situasi kita hampir sama~Kita kongsi pengalaman sama2~Sayang kau~

Ceyh~Dugaan sikit je dah menggelabah~Chill lahh Qila ooii~Lega sudah~*maybe*

Friday, June 24, 2011

Saturday, June 18, 2011

Beberapa Bulan Tanpa Education~

Macam ni lah jadi bila duduk rumah lama2~Nak kerja~Tapi malas~
Bila duit habis~Bising~
*mood perang jiwa*

Bila bosan~Sengih2 sorang2 macam orang gila baca emel yang awak hantar hari2~
Dah puas selongkar emel~Dah hilang rindu~
Baca blog pula~

Nampak entry ni~ Tentang MASA DEPAN~Baru tahu~Ouhhh~
Ternganga sekejap~Kunyahan terhenti2~Mengangguk2 tanda setuju sendiri~

Sambung makan coklat~Tangan ligat suap coklat sambil menekan2 keyboard~
Tengok Facebook pulak~

Tiba2 nampak satu status~Tergelak sinis baca~
Apa yang kau cuba nyatakan?Mempermalukan diri sendiri?
*mood jahat*

Meng 'update' Twitter~Kat SINI lah kegiatan aku~Luahan perasaan pendek~
Kadang2 je update~Bosan ouhh~
Kalau aku artis~Best lahh ber 'Twitter' ni~

Kesimpulan~Hari ni hari Sabtu yang bosan~

Sekali lagi~Tak boleh tidur~Guling3~Tak membantu juga~

Mata tetap macam ni juga~

Hasil pada keesokan hari~

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Percutian~

Minggu lepas adalah week yang agak fun~Having vacation with family~Best moment ever~Tapi kali ni percutian yang agak lain dari yang lain~Ni lahh kali pertama setelah 20 tahun hidup di atas muka bumi ni aku naik flight~Sebelum ni tak berapa nak mampu lahh~Belum ada rezeki nak buat macam mana~Alhamdulillah~Merasa juga naik flight~Jakun lahh pulak~Jangan annoy ok~Behave3~ha3~

Wahh~Kacaknya pramugara~Mata berpinar2~Jarang sekali aku jumpa lelaki yang sangat terurus dan bermuka licin~Ingin sekali aku bertanya~'Produk apa yang encik pakai sehingga muka kelihatan seperti tahu gebu?'~Tapi keberanian itu tiada lahh~Terpaku melihat kejambuan encik pramugara~Tiba2 terfikir~Boleh tak aku jadi pramugari~Bekerja disamping manusia2 rupawan~Erk~Aku lihat diri aku~Dari atas ke bawah~Hurmm~Banyak perlu diperbaiki~Aku kembali ke alam nyata~Terus memikirkan kembali perjuangan yang sedang dilalui untuk menggapai cita2 menjadi seorang engineer~Engineer~Itu mungkin lebih sesuai dengan aku pada masa hadapan~InsyaAllah~

Bila dah ada di udara~Berfikir lagi~Hebatnya seorang pilot~Mampu bawa aku terbang~Boleh langgar awan~Alangkah bagus kalau aku jadi pilot~Boleh pakai uniform smart~Kawan dengan pilot2 kacak lagi bergaya~Boleh mengembara seluruh dunia tanpa mengeluarkan belanja yang banyak~Indahnya~Lihat diri semula~Rabun~Kurang ketinggian~Kembali semula membayangkan diri seorang engineer pada masa hadapan~Itu lebih munasabah~

Yang pasti siapa pun aku pada masa hadapan~Aku tak kisah~Asalkan apa yang aku lakukan dapat redha daripadaNya~So sekarang~Kena lahh berjuang sehabis baik~Walaupun belajar tu bagi aku sangat lahh menyeksakan~Bila berangan kan masa depan~Aku mula berkobar2~Ceyh~Auta ni~

Aku sangat happy pergi Langkawi kali ni~Banyak coklat aku borong~Dah macam orang tak pernah nampak coklat~Hurmm~Baju aku pun akan berubah saiz lahh jawabnya~








Friday, June 10, 2011

Lidah tu Tajam daripada Pisau?~Maafkan aku~


Entry kali ni khas untuk seorang sahabat~Aku tau dia bukan pembaca blog~Aku juga boleh bertaruh yang dia tak pernah tahu pun kewujudan blog ni~Tapi ni salah satu cara untuk aku meluahkan apa yang terpendam~Aku rasa cara ni terbaik selain daripada cerita kat orang lain dan mengumpat tak tentu pasal~Dosa dah banyak kot~Tak mahu lahh tambah lagi~Simpan untuk lain hari pulak~Ha3~

Kau dan aku~Bukan sehari dua bersahabat~Dah lama kot~Memang salah aku juga~Tak cuba mengenali dan memahami kau~

Aku memang tak pernah kisah kau nak cakap belakang pasal aku~Aku tak kisah kau nak kutuk aku depan kawan2 yang lain~Aku tak kisah kawan2 aku pandang aku buruk sekali pun~Sebab kau memang terbaik~Kau lemah lembut~Aku juga mengagumi kau~Kau berjaya membuat kawan2 aku tak percayakan aku lagi~Aku tak kisah~Sebab aku tahu apa yang terjadi~Aku percaya karma~Aku juga pernah rasa apa tu karma~Ya~Aku jahat~Aku hina~Aku manusia biasa~Aku cuba jadi yang terbaik~Tapi dalam perjalanan untuk jadi yang terbaik~Aku lalai~Maafkan aku menyakiti kau~Andai tu yang kau rasa~

Tapi~Perlu ke kau menjaja kisah kita~Antara kau dan aku~Perlu ke libatkan orang lain~Aku dan kau mengenali satu sama lain lebih lama~Tak boleh ke kau percaya kan aku~Perlu kah kau mempercayai orang yang kau kenali selepas aku~Ok~Aku terfikir~Aku memang bukan sahabat terbaik buat kau~Tapi kenapa kau tak beri aku peluang untuk jadi sahabat yang baik pada mata kau tu?~Kenapa kau tak pernah sekali pun terus terang?Kenapa kau tak pernah bersuara?~Baiklah~Itu mungkin sifat semulajadi kau~

Persahabatan~Bagi aku sangat berharga~Tapi dengan kau~Kau buat aku hilang kepercayaan~Andai kau sahabat yang baik~Perlu ke kau menjaja kisah kita~Kau ceritakan pada orang ramai keburukan aku~Kenapa tak kau terus terang je pada aku~Terlalu sempurnakah kau sehingga tak mampu membicarakan kekurangan aku~Sehingga kau perlu khabarkan pada dunia betapa teruknya manusia yang bernama Nur Aqilah~

Aku merayu~Jangan kau terfikir untuk musnahkan persahabatan ni~Aku terima apa adanya kau~Andai kekurangan aku menyesakkan fikiran kau~Biarlah saja~Jangan kau cuba semarakkan permusuhan~Sebab~Hidup yang sekejap ni~Aku tak mahu punya musuh~Menjauhkan diri itu yang terbaik~Tapi aku tak mahu putus silaturrahim antara kita~Andai berdiam diri itu terbaik~Mari kita lakukan~Sedikit pun aku tak pernah berdendam~Apa sahaja yang aku lakukan untuk kau~Aku relakan~Aku halalkan~Bukan tujuan mengungkit~Cuma mahu kau ingat~Saat2 kita gembira dan saling membantu adakah terlalu rendah nilainya berbanding salah faham yang sedikit ini?~

Aku tak mahu memburukkan kau~Aku tak akan cerita kan satu persatu yang aku lalui bersama kau kat orang lain~Aku cuma harap kau cuba~Cuba letakkan diri kau sekejap kat tempat aku~Aku dah lama bersabar~Sepanjang aku berkawan dengan kau~Aku bersumpah~Tak pernah sekali pun aku menceritakan keburukan kau kat orang lain~Sebab aku percayakan kau~Tapi kau~Aku speechless bila dapat tau siapa kau sebenarnya~

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2~Maafkan aku sekali lagi~Ini cuma luahan rasa~Bukan memburukkan seseorang~Hakikatnya~Tiada siapa mahu baca kisah manusia kerdil yang menumpang sebentar di atas muka bumi ni~

Thursday, June 2, 2011

Tunggu-tunggu, Jenguk-jenguk~


Err~Benar ke aku sudah berubah?~Mana ada lah~Sama saja seperti dulu~Cuma dulu~Aku sangat benci menunggu~Tak kira lahh tunggu apa sahaja pun~Memang aku sangat tak suka~Sangat rimas~Sangat seksa~Memang aku pantang wujud perkataan menunggu, menanti dan sewaktunya dengannya dalam minda ni~Tapi sekarang dah berubah kot~Benda yang paling tak pernah aku jangka dalam hidup aku~Yup~Sesuatu yang aku sangat benci~Tapi aku memilih untuk harunginya~Memang hell~Tapi aku pilih~Yup~Weird side of aku dah mula terserlahh~Tu maknanya aku makin dewasa?Erk?Iya kahh?Macam auta saja~

Sekarang dan saat ni~Aku menunggu seseorang~Jujur~Aku malu untuk mengaku~Tapi dalam dunia blog~Orang kata~Kita berkata2 melalui hati~Yup~Ini dari hati~Terus dari hati~Tiada bahan pengawet~Erk~Merepek sudah~

Untuk individu yang aku tunggu~Aku nak kau tahu~Aku tak pernah sesabar ini menanti~Aku tak minta apa2 balasan pon untuk kesabaran ni~Aku cuma nak kau tau~Kau sangat hebat sebab dapat buat aku buang kebencian aku terhadap menunggu tu jauh2~Kau buat menunggu tu perasaan yang aku rasa setiap hari~Kau buat menunggu tu satu kerelaan dan pilihan aku~Bukan lagi kebencian yang terpaksa aku lalui~